Kekangan Covid-19: Perkahwinan atas talian pertama di Malaysia

PERKAHWINAN atas talian.

Bunyinya kedengaran janggal, namun itulah detik istimewa yang dialami pasangan Muhammad Don Haadi Don Putra dan Nahdatul Aishah Mohd Sharif apabila dinikahkan secara atas talian pagi tadi.

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menjayakan akad nikah pasangan berkenaan secara atas talian susulan kekangan akibat wabak Covid-19.

Menerusi sidang video itu, Muhammad Don Haadi dan Nahdatul Aishah selamat bergelar suami isteri dengan sekali lafaz.

Majlis tersebut diadakan di rumah pengantin perempuan di Bandar Baru Wangsa Maju, Setapak manakala pengantin lelaki pula berada di Setiawangsa, Kuala Lumpur.

Majlis yang disiarkan secara langsung di Facebook TV Alhijrah itu turut disaksikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Pengarah JAWI, Mohd Ajib Ismail menerusi.

Perkara itu selaras dengan ketetapan terbaru JAWI pada 17 April lalu apabila memberi kelonggaran kepada pasangan yang memperolehi Kebenaran Berkahwin daripada JAWI.

Pelaksanaan akad nikah secara sidang video itu bagaimanapun perlu mengikut garis panduan dan borang permohonan yang telah ditetapkan.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments