Hina jalur gemilang: MABA mohon maaf, dakwa tidak sengaja

SELEPAS berdepan kecaman hebat, Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) dalam laman webnya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia ekoran kesilapan memaparkan Jalur Gemilang ketika pembukaan Piala Lum Mun Chak MABA, semalam.

MABA dalam kenyataan di Facebook berkata, permohonan maaf itu juga ditujukan kepada seluruh pecinta sukan yang terkesan dengan kesilapan berkenaan,.

Dalam kenyataan itu, MABA memberitahu, krew siaran langsung tersilap memaparkan bendera pada skrin besar ketika upacara itu.

“Kami minta maaf dan bertanggungjawab sepenuhnya di atas kesilapan ini,” katanya.

Kenyataan itu turut menegaskan bahawa MABA mempunyai kesungguhan dalam membangun dan memajukan lagi sukan bola keranjang di negara ini.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments