Tanjung Piai: 3 pengundi dakwa MyKad diguna individu lain

TIGA pengundi bagi Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai hari ini membuat laporan Balai Polis Permas, ekoran nombor kad pengenalan mereka telah digunakan individu tidak di kenali di Pusat Mengundi SMK Sri Kukup dan SK Sungai Boh.

Ketiga-tiga mereka yang juga warga emas mahu polis menyiasat bagaimana hak mereka untuk mengundi telah dikhianati.

Mereka ialah You Teong King @ You Lau Ang, 72, Habibah Abdul Gafor, 72, dan Rihanah Soha, 60.

Ketiga-tiga pengundi itu dimaklumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa nombor kad pengenalan mereka telah pun digunakan lebih awal sebelum mereka membuang undi.

Ketika ini pihak media masih menunggu maklum balas daripada SPR.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments