Jeck Seng dari MCA calon BN di Tanjung Piai

WEE JECK SENG

BARISAN Nasional (BN) meletakkan Wee Jeck Seng daripada MCA untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai.

Perkara itu disahkan oleh MCA Tanjung Piai, lapor portal berita Malaysiakini yang memetik sumber parti tersebut.

Sumber MCA itu memberitahu, penyokongnya dijangka berkumpul di ibu pejabat MCA Pontian malam ini untuk untuk mendengar pengumuman itu.

Difahamkan, pengerusi UMNO Johor Hasni Mohammad akan memberikan taklimat khas berkaitan pencalonan Jeck Seng kepada Umno Tanjung Piai hari ini.

UMNO bahagian itu sebelum itu mahukan pemimpin mereka Jefridin Atan bertanding.

Jeck Seng pernah menjadi anggota parlimen kawasan itu dua kali.

Beliau gagal mempertahankan kerusi itu tahun lepas dan tewas dengan majoriti tidak sampai seribu undi kepada calon Pakatan Harapan Mohd Farid Mohd Rafik.

Jeck Seng akan berdepan Pengerusi Bersatu Tanjung Piai Karmaine Sardini dan Timbalan Setiausaha Agung Gerakan Wendy Subramaniam.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments