Guru masih bertelekung ditemui mati dipercayai dibunuh ketika solat

SEORANG guru wanita ditemui mati dalam keadaan menyayat hati di atas katil dipercayai dibunuh oleh orang yang tidak dikenali di Sik, Kedah tengahari tadi.

Dalam kejadian di Kampung Banggol, Jeneri yang berlaku antara jam 12.30 tengah hari hingga 1.30 petang itu, mangsa ditemui dalam keadaan masih memakai kain telekung

Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdul Razak Osman memberitahu, mayat mangsa ditemui oleh suaminya dalam keadaan tertiarap di atas katil sebuah bilik.

Mangsa, Fauziah Yup yang berusia 30-an dan mengajar di Sekolah Kebangsaan Padang Chicak, Jeneri dipercayai sedang bersembahyang sebelum dibunuh.

Abdul Razak memberitahu, sebelum kejadian iaitu sekitar jam 12 tengah hari, suami dan anak mangsa keluar meninggalkan mangsa seorang diri di rumah.

Jelasnya, kira-kira jam 1.30 petang, suami dan anak mangsa yang pulang ke rumah terkejut apabila mendapati mangsa dalam keadaan tersebut.

Pada awalnya, suami mangsa menyangkakan isterinya sedang tidur. Bagaimanapun sebaik mengejutkan mangsa, suaminya mendapati tiada tindak balas dari isterinya lantas dia terkejut apabila dapati mangsa sudah tidak bernyawa.

Hasil siasatan awal terdapat kesan barangan berselerak dipercayai akibat digeledah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments