9 budak tadika nyaris maut dihempap lori simen

SEMBILAN murid tadika hanya dipisahkan beberapa meter daripada maut apabila van dinaiki nyaris dihempap dengan lori simen di hadapan Balai Polis Simpang Ampat, Nibong Tebal, hari ini.

Saksi di tempat kejadian memberitahu, lori simen berkenaan dilihat hilang kawalan ketika menghampiri persimpangan lampu isyarat sebelum terbalik.

Namun, mujur lori berkenaan tidak menghempap van berkenaan yang berada hanya beberapa meter.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan jam 9.41 pagi memaklumkan mengenai kemalangan itu.

“Sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Bakap bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, kita dapati sembilan murid tadika dan lima dewasa dipercayai guru dan pemandu van mengalami kecederaan dan dikejarkan ke hospital,” katanya dipetik portal Harian Metro.

Menurutnya, sehingga kini kerja menyelamat untuk mengeluarkan pemandu lori simen tersepit sedang dilakukan.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments