Lelaki miliki majalah berkaitan IS didakwa di mahkamah

SEORANG lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini atas tuduhan memiliki bahan yang mempunyai kaitan dengan Kumpulan Pengganas Islamic States (IS), Mei lalu.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada Hafiz Othman, 42, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Norashima Khalid.

Tertuduh didakwa memiliki memiliki empat naskhah majalah Dabiq- Kembalinya Khilafah, Dabiq- The Flood, Dabiq- Panggilan untuk hijrah dan Al- Mustaqbal- The last war (Malhamah Al Kubro) yang berunsur perbuatan keganasan dan berkaitan dengan kumpulan IS.

Hafiz didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Kampung Changkat Batu, Malim Nawar kira-kira jam 2.30 petang, 18 Mei lalu.

Tertuduh yang juga seorang pekerja restoran didakwa mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda dan boleh dilucutkan hak mana-mana item tersebut, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudiannya memerintahkan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Izhanudin Alias manakala tertuduh diwakili peguam, Mohamad Asif Mohd Noor.

Tertuduh sebelum itu dibawa dengan kawalan ketat polis dan tiba di Kompleks Mahkamah Ipoh pada jam 8.15 pagi.

Tertuduh pernah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Sepang pada 30 Mei lalu, atas dakwaan pergi ke Wilayah Sinai Mesir dari Malaysia melalui Kaherah dengan niat melakukan aktiviti-aktiviti pengganas.

Hafiz ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA) pada 17 Mei lalu.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments