Penduduk gempar lelaki nekad terjun dari tingkat 5

ORANG ramai sekitar plaza di Jalan Peel di ibu negara hari ini gempar dengan tindakan seorang lelaki lingkungan 40-an bertindak di luar kawalan dengan terjun dari tingkat lima bangunan berkenaan awal pagi tadi.

Kejadian tersebut berlaku kira-kira 8.42 pagi apabila pihak Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan mengenainya.

“Ekoran itu, seramai 13 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah dan Pudu bergegas ke lokasi.

“Setibanya di lokasi pada 8.51 pagi, pihak bomba mendapati terdapat seorang lelaki telah terjun dari tingkat lima bangunan plaza tersebut,” katanya.

Memetik laporan Astro Awani, lelaki itu bagaimanapun terselamat dan hanya mengalami kecederaan.

Lelaki tersebut kemudiannya dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk mendapatkan rawatan.

Punca sebenar lelaki itu bertindak demikian tidak diketahui namun dipercayai ingin membunuh diri.

Kes berkenaan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments