Gosip dengan ‘cleopatra_x3’, ini jawapan Syed Saddiq

MENTERI Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyifatkan gosip yang mengaitkannya dengan seorang wanita adalah perkara biasa dalam politik.

Syed Saddig memberi respon berkenaan ketika menjawab isu tular yang mengaitkannya wanita berkenaan.

“Saya rasa dalam dunia politik ini fitnah dan gosip berpisah tiada,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Terdahulu, satu video tersebar di media sosial apabila seorang wanita berpakaian kebaya datang ke pejabat kementerian belia dan sukan.

Difahamkan wanita itu hadir untuk bertemu dengan Syed Saddiq dan bersamanya terdapat beberapa individu lain.

Terdapat juga cakap-cakap di media sosial yang berkata bahawa wanita tersebut adalah pembantu peribadinya malah ada yang turut berkata wanita itu adalah seorang transgender.

Pengguna Instagram yang menggunakan nama cleopatra_x3 turut berkongsi gambarnya dalam pertemuan dengan menteri muda itu.

Sementara itu, Syed Saddiq menjelaskan pertemuan tersebut diadakan bagi membincangkan perkara berkenaan e-sukan.

Ditanya sama ada indovidu berkenaan menerima sebarang manfaat daripadanya termasuk kontrak kerajaan, Syed Saddiq tidak memberi jawapan secara lansung.

“Dapat kontrak? Kali pertama saya dengar,” jelasnya.

Tambah Syed Saddiq, perjumpaan itu juga dijalankan mengikut prosedur sebetulnya.

“Mesyuarat berkenaan e-sukan dan ikut SOP (prosedur operasi standard),” katanya.

Syed Saddiq juga berkata pelbagai andaian dan dakwaan berkaitan wanita itu tidak benar.

“Izinkan saya terangkan pertama sekali saya dengar ada fitnah kata itu PA atau setiausaha saya. Itu jelas fitnah dan boleh semak senarai kementerian atau portal KBS. Dari situ boleh tahu.

“Tiba-tiba saya tengok berita tukar bahawa dia ini yang datang merupakan salah seorang transgender, sampai orang guna perkataan pondan.

“Lepas itu saya terus semak dengan kumpulan, dia bukan datang seorang. Dia datang dengan satu kumpulan.

“Saya baru dimaklumkan dia ini ada anak dua orang anak kandung. Itu jawapan tersendirilah,” katanya.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments