[Video] Ahli Parlimen Nibong Tebal rebah ketika perbahasan

AHLI Parlimen Nibong Tebal, Datuk Mansor Othman rebah ketika sedang membahaskan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat hari ini.

Ketika berbahas, pemimpin PKR itu dilihat senyap seketika sebelum rebah.

Ahli Parlimen Wong Chen (PKR-Subang) yang duduk bersebelahan dengannya membantu sebelum beberapa ahli parlimen lain turut bergegas untuk memberikan bantuan.

Kredit video: KiniTV

Susulan itu, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Nga Kor Ming, menangguhkan persidangan Dewan Rakyat selama lima minit.

Kedengaran Kor Ming meminta mana-mana ahli parlimen yang juga adalah doktor perubatan supaya tampil memberikan bantuan.

[Berita lanjut menyusul]

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments