Isu keganasan: Kit Siang ungkit jawatan Hadi Awang dalam KUIS

KETIKA isu kaitan pemimpin DAP dalam Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE), Lim Kit Siang hari ini mengungkit penglibatan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam Kesatuan Ulama Islam Sedunia (KUIS).

Meskipun tidak nama, veteran DAP itu membangkitkan penglibatan “seorang pemimpin pembangkang Malaysia” yang menjadi naib presiden KUIS.

Menurut Kit Siang, KUIS dimasukkan dalam senarai pengganas oleh empat negara Arab, iaitu Arab Saudi, Mesir, Emeriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrin.

Beliau mengulas gesaan PAS supaya kerajaan membentangkan kertas putih mengenai LTTE di Malaysia, susulan operasi penangkapan minggu lepas.

“DAP menyokong cadangan PAS supaya kertas putih berkaitan LTTE di parlimen dan mencadangkan supaya keras putih itu meliputi seluruh spektrum masalah keganasan yang dihadapi Malaysia,” katanya.

Abdul Hadi pada 6 Disember tahun lalu bagaimanapun dilapor tidak mempertahankan jawatannya atas faktor kesihatan.

Setakat ini, 12 orang ditahan polis bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) atas dakwaan penglibatan dalam LTTE, termasuk exco Melaka G Saminathan dan anggota Dewan Undangan Negeri P Gunasekaren.

Kedua-dua mereka ialah wakil rakyat DAP.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments