Dakwa e-hailing kerja tak bermaruah, UPM arah pensyarah mohon maaf

PENGURUSAN Universiti Putra Malaysia (UPM) mengarahkan pensyarahnya, Prof Madya Dr. Mohd Yusof Saari supaya memohon maaf secara terbuka kerana mengeluarkan kenyataan bahawa pekerjaan e-hailing sebagai kerjaya tidak bermaruah.

UPM dalam satu kenyataan memberitahu, permohonan maaf itu perlu dibuat khusus kepada pihak yang terkesan dengan kenyataan tersebut dan umumnya kepada masyarakat secara keseluruhannya.

Meskipun menyifatkan pandangan tersebut bersifat peribadi, namun Pengarah
Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi, Profesor. Dr. Azmawani Abd Rahman berkata, pihaknya menyiasat perkembangan tersebut dan masih menunggu penjelasan lanjut dari pensyarah berkaitan.

Katanya, pensyarah tersebut berkemungkinan besar tersalah menggunakan perkataan yang bersesuaian untuk menggambarkan pendapat dan pandangan beliau.

“Bagi memurnikan situasi yang sedang berlaku, UPM akan meminta pensyarah terbabit mengeluarkan kenyataan permohonaan maaf secara terbuka khususnya kepada pihak yang terkesan dengan kenyataan tersebut dan umumnya kepada masyarakat secara keseluruhannya,” katanya.

Dr Azmawani berkata, UPM mempunyai garis panduan kepada semua pekerja dan pelajar dalam memberi kenyataan kepada media.

Katanya, universiti itu juga sering memberi peringatan dan memantau warganya supaya mematuhi perkara-perkara yang telah ditetapkan dan tidak memberi sebarang kenyataan yang berbentuk provokatif, menyinggung, dan memberi persepsi negatif.

Pensyarah berkenaan, Mohd Yusof dalam program temu bual di televisyen ketika ditanya tentang gig ekonomi menyifatkan kerja-kerja penghantaran seperti Gojek sebagai kerja-kerja tak bermaruah.

Selamber Dia Je kata bdk :- bt GRAB semua tu xde maruah 🤣🤣🤣 kapla bana dia lah ni jenis xpnah susah ni dr kecik sbb tu bangang tau BERCAKAP je ~

Posted by Wan Wgk I on Sabtu, 12 Oktober 2019

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments