Guru sekolah ditahan ketika sedang berlumba haram

Gambar hiasan

SEORANG guru sebuah sekolah menengah ditahan kerana berlumba haram dengan seorang tukang masak di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, Bayan Lepas dekat Georgetown awal pagi tadi.

Kedua-dua lelaki berusia 25 dan 31 tahun itu ditahan simpang Jalan Kampung Jawa ke Medan Selera Kampung Jawa di sini kira-kira jam 2 pagi.

Ketua Polis Barat Daya, Superintenden AA Anbalagan berkata, guru itu yang mengajar di sebuah sekolah menengah di daerah Timur Laut menunggang motosikal jenis Yamaha YZF-R1.

Tukang masak berkenaan pula menunggang motosikal berkuasa tinggi jenia Aprilia RSV4.

“Kedua-dua lelaki berkenaan ditahan ketika sedang berlumba.

“Bagaimanapun mereka diberikan jaminan polis dan polis kini sedang melengkapkan kertas siasatan sebelum merujuk kepada Timbalan Pendakwaraya untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi di sini.

Anbalagan berkata, kes berkenaan di siasat menurut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan pihaknya memandang serius kegiatan lumba haram yang sering diadakan terutamanya pada hujung minggu.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments