Pembantu kedai rogol, liwat tunang ditahan reman

POLIS mendapat kebenaran tahanan reman selama tujuh hari ke atas seorang pembantu kedai bermula hari ini bagi membantu siasatan kes merogol dan meliwat tunangnya di sebuah bilik sewa di Jalan Maran-Temerloh pada 13 September lalu.

Penolong Kanan Pendaftar, Nurul Balqis Zunaidi mengeluarkan perintah tahanan itu terhadap suspek berusia 21 tahun itu mengikut Seksyen 376,377C dan 337CA Kanun Keseksaan (KK).

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Zundin Mahmood berkata, siasatan awal mendapati, mangsa berusia 18 tahun bekerja sebagai pembantu kedai di Serdang, Selangor.

“Pada hari kejadian kira-kira jam 9 malam, suspek mengajak mangsa keluar untuk bersiar-siar di bandar Temerloh sebelum membawanya ke bilik sewa dengan alasan mengambil telefon keduanya yang tertinggal.

“Setibanya di hadapan bilik sewa, suspek telah menarik tangan dan menolak mangsa ke dalam bilik. Mangsa kemudiannya ditampar serta ditendang di bahagian perut,” katanya.

Zundin memberitahu, suspek telah memasukkan sebotol deodoran dan alat penyedut jerawat ke dalam kemaluan mangsa beberapa kali sebelum merogol dan meliwat mangsa.

Katanya, mangsa membuat laporan polis pada Khamis lalu kerana trauma dan menerima ugutan daripada suspek terbabit.

“Mangsa telah dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) pada hari sama. Pemeriksaan mendapati terdapat kesan calar pada lubang anus dan kesan koyakan lama pada hymen mangsa. Suspek ditangkap semalam,” jelasnya.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments