Bekas CEO SSM hadapi 33 tuduhan rasuah babitkan RM5.7 juta

BEKAS Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Zahrah Abd Wahab Fenner dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini atas 33 pertuduhan rasuah dan bersubahat membabitkan RM5.7 juta.

Anaknya, Abdulazeez Wan Ruslan pula menghadapi empat pertuduhan menerima suapan RM160,000.

Kedua-dua mereka bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Azura Alwi.

Hakim membenarkan Zahrah diikat jamin RM300,000 dan RM70,000 bagi anaknya.

Mereka turut diarah menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada minggu pertama setiap bulan sebelum perbicaraan berakhir.

Zahrah yang juga seorang akauntan bertauliah, bersara daripada SSM minggu lalu selepas menerajui badan itu selama empat tahun.

BERIA LANJUT MENYUSUL

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments