Lelaki koma dipukul 3 perompak di luar pangsapuri

SEORANG lelaki koma akibat mengalami keretakan di tengokorak dan pendarahan otak selepas dipukul dengan kayu dan dirompak tiga lelaki yang menaiki dua motosikal di luar rumahnya di Jalan Sandilands di Georgetown, Pulau Pinang.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Che Zaimani Che Awang berkata dua lelaki ditahan selepas polis meneliti rakaman CCTV kejadian itu.

“Mangsa mengalami keretakan di tengkorak dan pendarahan dalam otak. Dompet dan barang miliknya hilang,” katanya dipetik portal FMT.

Mangsa kemudiannya dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Pulau Pinang.

Che Zamani berkata, serangan itu berlaku di pintu masuk pangsapuri mangsa pada 2 pagi Jumaat lalu.

Katanya, dua lelaki yang ditahan polis positif methamphetamine.

Polis sedang mengesan suspek ketiga.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments