Syarikat penerbangan Jepun berminat beli MAS, kata laporan

SYARIKAT penerbangan Jepun, Japan Airlines Co dilaporkan menjadi pembida utama untuk membeli kepentingan Malaysia Airlines (MAS) Berhad, menurut laporan The Edge.

Akhbar mingguan itu melaporkan berlaku perbincangan serius di peringkat tertinggi antara kedua-dua negara.

Presiden Japan Airlines, Yuji Asaka Jun lalu dilaporkan berkata masih terlalu awal untuk mengesahkan sama ada pihaknya berminat melabur dalam MAS, namun sedia berbincang lebih lanjut dengan syarikat penerbangan nasional Malaysia itu.

Walaupun belum ada pengesahan lanjut daripada Japan Airlines, namun laporan itu memberitahu perbincangan antara dua negara sedang berjalan.

Khazanah Nasional Berhad yang juga pemegang terbesar dalam MAS sebelum ini melantik Morgan Stanley untuk meneliti pelan pemulihan strategik.

Salah satu pilihan yang ada ialah dengan menjualnya, menurut laporan tersebut.

Sebelum ini, Malaysia dilihat berusaha menjalin lebih banyak kerjasama dengan Jepun, dari hal ehwal pinjaman bon sehinggalah berkaitan penjualan aset.

Sebelum ini, Khazanah sudah menjual 16% kepentingannya dalam IHH Healthcare Bhd kepada syarikat Jepun, Mitsui & Co dengan harga AS$2 bilion (RM8.34 bilion).

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments