Berang cikgu rampas telefon main PUBG, pelajar amuk bawa parang

GARA-GARA tidak berpuas hati apabila telefon bimbitnya dirampas ketika bermain PUBG di dalam kelas, seorang pelajar bertindak pulang ke rumah sebelum kembali ke sekolah dengan membawa sebilang parang.

Pelajar terbabit membawa senjata itu sambil meminta supaya guru berkenaan memulangkan telefon bimbitnya.

Rakaman kejadian di sebuah sekolah di Indonesia pada 6 September lalu itu tular di media sosial.

Difahamkan, guru berkenaan merakam sendiri kenyataan itu ketika pelajar lelaki berkenaan datang semula ke sekolah untuk menuntut semula telefon bimbitnya.

Guru tersebut bertindak merampas peranti berkenaan apabila pelajar terbabit kantoi bermain permainan video PUBG ketika dalam kelas.

Berdasarkan video yang tular, pelajar terbabit memasuki perkarangan sekolah dengan memegang parang.

Guru itu dilihat memulangkan telefon bimbit tersebut dengan mengheretnya ke lantai.

Difahamkan, pelajar itu telah memohon maaf kepada gurunya dan kedua-dua pihak berdamai.

Guru itu juga membuat laporan polis terhadap pelajarnya tetapi tindakan tegas tetap akan dikenakan terhadapnya.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments