Vokalis kumpulan popular ditahan miliki dadah

SEORANG bekas vokalis kumpulan popular 90-an ditahan polis selepas disyaki memiliki dadah jenis syabu di luar kawasan rumah kedai di Taman Perling di Johor Bahru, malam tadi.

Vokalis lelaki berusia 41 tahun itu ditahan bersama seorang lagi rakan lelaki berikutan penemuan satu paket dadah dipercayai jenis syabu.

Kedua-dua mereka ditahan pada 11.30 malam selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan ketika menunggang sebuah motosikal Yamaha LC 135 di kawasan berkenaan.

Ketika diperiksa, polis menemui serbuk putih disyaki dadah dalam dompet penyanyi berkenaan.

Ujian saringan awal air kencing mendapati kedua-dua lelaki itu positif dadah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 (1)(a) akta sama.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit, namun enggan mengulas lanjut.

Penyanyi terbabit sebelum ini pernah menyertai sebuah program hiburan realiti, bahkan pernah ditahan polis sebelum ini berkaitan dadah.

Penyanyi itu juga baru menjayakan konsert reunion bersama ahli kumpulannya, selain konsert seterusnya akan diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam dan Singapura, Oktober ini.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments