Suami rela cerai isteri kerana susah, isteri enggan kerana masih sayang

REALITINYA, membina perkahwinan atas rasa saling mencintai tampak indah untuk didengar, namun setiap ikatan yang terjalin tidak akan terlepas dari ujian, dugaan atau cabaran.

Pertelingkahan dan pertengkaran pastinya sudah menjadi asam garam dalam kehidupan berumah tangga, namun dalam dunia yang kian mencabar, kesusahan atau kemiskinan juga menjadi faktor yang sangat penting.

Namun, kisah yang dikongsikan seorang Peguam Syarie, Muhammad Syarafi wajar untuk diambil iktibar yang mengajar kita betapa kasih sayang adalah azimat yang paling kuat dalam melawan kegetiran ujian rumah tangga.

Mungkin kisah ini akan buat anda berfikir sejenak sebelum mengambil keputusan untuk memilih perpisahan sebagai jalan terakhir.

Syarafi memulakan kisahnya dengan sepasang suami isteri yang ditanya oleh Hakim (Yang Arif) kenapa mereka ingin bercerai.

Hakim (YA) bertanya kepada defendan (Isteri) tentang persetujuannya mengenai perkara tersebut. Namun si isteri tadi tidak bersetuju untuk berpisah.

Suami (Plaintif) yang berkerusi roda tetap berkeras untuk bercerai kerana menurutnya dia sudah tidak mempunyai kudrat untuk menunaikan tanggungjawabnya.

Isteri masih tegas dengan kata-katanya bahawa dia tak ingin mengakhiri hubungan tersebut kerana terlalu sayang kepada suaminya itu.

Betapa besarnya pengorbanan isterinya, tidak kisah apa pun dugaan perkahwinannya, dia tetap mahu setia di samping suaminya itu.

Syarafi menambah lagi di ciapannya:

Selekeh dan selebet macam mana pun rupa suami dia, Sakit macam mana pun suami dia, Dia tetap akan taat pada suami selagi mana suami tu tak menyakiti si isteri baik dari sudut fizikal atau pun mental.

Sebab isteri ni lah yang akan sama-sama bersusah-payah dari awal kahwin sampai sekarang. Sebab isteri ni lah yang akan sama-sama jadi teman suka dan duka si suami di saat suami sedang berduka mahupun suami sedang bergembira.

Sebab isteri ni lah juga yang bersetuju untuk terima si suami ni sebaik akad nikah sah termeterai antara suami dan walinya dihadapan saksi-saksi yang ada.

Mahkamah pun takkan semudah tu untuk benarkan talaq itu berlaku walaupun punyai kuasa kerana Mahkamah perlu terlebih dulu menyiasat punca syiqaq (perkelahian) yang wujud antara pihak-pihak sebelum membuat keputusan yang adil dan saksama.

Janganlah lemparkan tuduhan tak berasas mengatakan Mahkamah ni melambatkan proses etc. Ia nya bukan sekadar undang-undang saja tapi melibatkan hukum juga.

NOTA:

[1] PL = Plaintif
[2] DF = Defendan
[3] YA = Yang Arif Hakim
[4] HAKAM = Jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Mahkamah untuk menyiasat punca perkelahian antara pihak-pihak.

Sumber: Muhammad Syarafi

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments