Rusuhan di GBK: Menteri Indonesia mohon maaf kepada Malaysia

MENTERI Pemuda dan Olahraga Indonesia, Imam Nahrawi memohon maaf kepada Malaysia berikutan rusuhan penyokong bola sepak negara itu malam tadi.

Serentak itu, Imam dalam satu kenyataan juga mahu penyokong Indonesia yang merusuh dalam perlawanan di Stadium Utama Bung Karno dikenakan tindakan undang-undang.

Rusuhan berkenaan berlaku dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 malam tadi yang menyaksikan Malaysia bangkit dari ketinggalan untk menewaskan tuan rumah 3-2.

Perlawanan dicemari dengan aksi ganas penyokong tuan rumah yang menyerang penyokong Malaysia menyebabkan beberapa penyokong cedera.

“Kehadiran saya untuk menyampaikan permohonan maaf secara langsung atas nama rakyat Indonesia dan juga pemerintah kepada menteri Syed Saddiq atas kekacauan penyokong yang kita lihat bersama,” kata Imam yang dipetik CNN Indonesia.

Imam juga berharap persahabatan antara kedua-dua negara yang sudah terjalin sejak sekian lama tetap utuh.

“Persahabatan Indonesia-Malaysia tidak boleh renggang kerana bola sepak dan sudah pasti kami akan terus menjaga agar hubungan ini tetap baik.

“Penyokong yang melakukan rusuhan dan serangan ini harus dikenakan tindakan oleh pihak polis,” katanya.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments