“Kenapa orang itu bunuh Papa? Saya nak cari siapa yang tembak papa..”

KEHILANGAN orang tersayang mendatangkan kesedihan yang mendalam. Apatah lagi jika pemergian itu berlaku sekelip mata atau secara tiba-tiba.

Ia lebih memilukan yang ‘pergi’ adalah bapa tersayang yang terkorbann ketika menjalankan tugas untuk negara tercinta.

Pemergiaan Mejar Zahir Armaya yang meninggalkan seorang balu dan lima orang anak benar-benar memberi kesan mendalam kepada seluruh ahli keluarga.

Bagaimanapun, ada khabar tidak enak didengar apabila ada pihak tertentu yang menunjukkan video tular saat kejadian kepada anak sulung Allahyarham, Ebel Zukarnain, 9.

Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Murni Clakson dalam satu hantaran di Facebook telah mengandaikan bahawa ada individu yang sengaja menunjukkan video tersebut kepada anak Allahyarham.

Penularan secara tidak sengaja video semasa Allahyarham tertembak ketika mengadakan demonstrasi itu telah memberi impak negatif kepada Ebel yang mempersoalkan kematian bapanya tanpa memahami keadaan sebenar.

Rata-rata netizen kesal dengan penularan video tersebut yang nyata memberikan kesan negatif kepada mental anak-anak Mejar Zahir.

Mereka juga berharap agar pihak-pihak tertentu supaya menghormati keluarga arwah yang nyata sedang berduka diatas pemergian wira negara itu.


Sumber: Murni Clarkson

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments