Gerakan serentak terbalikkan Jalur Gemilang disengajakan – Pendakwah

PENDAKWAH terkenal, Firdaus Wong Wai Hung hari ini meminta pihak berkuasa menyiasat kegiatan mengibarkan Jalur Gemilang secara terbalik yang dilakukan secara serentak dan terancang di banyak lokasi di seluruh negara.

Firdaus dalam satu hantaran di Facebook hari ini menyertakan beberapa tangkap layar daripada netizen yang mempersoalkan tindakan pemilik premis perniagaan yang mengibarkan bendera kebangsaan itu secara terbalik.

“Satu demi satu mereka test water. Jalur Gemilang ditukar warnanya, tentera dihina, kini Jalur Gemilang dikibarkan terbalik. Kesilapan? I dont think so (Saya tidak fikir begitu).

“Serentak seluruh negara Jalur Gemilang dikibarkan terbalik? Toyota yang terkenal dengan ketelitian boleh tersilap? Bukan salah Toyota tetapi ‘dealer’ mereka itu perlu dikenakan tindakan tegas,” katanya.

NMP difahamkan, pihak atasan Toyota Malaysia sudah mengeluarkan kenyataan memohon maaf atas kejadian tersebut.

Firdaus dalam hantaran tersebut mempersoalkan tindakan pihak terbabit yang seolah-olah meniru cara fahaman komunis yang mengibarkan bendera secara terbalik untuk menyatakan protes.

“Mengibarkan bendera terbalik adalah style komunis memprotes. Juga simbol negara dalam kesedihan,” tegasnya.

Beliau berkata, tindakan tersebut seolah-olah satu memprovokasi untuk melihat sejauh mana sensitiviti rakyat dapat diuji.

“Segelintir pihak sedang test water. Andai dikesan dan dibidas, im sorry dan move on. Itulah taktik mereka kebelakangan ini. Harap pihak berkuasa ambil tindakan,” katanya.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments