Gagal tunai janji pilihan raya, pemimpin dipaksa berarak berpakaian wanita

GARA-GARA gagal menunaikan janji pilihan raya, seorang pemimpin di selatan Mexico telah dipaksa oleh rakyatnya berjalan mengelilingi bandar dengan memakai pakaian wanita.

Kelibatan Javier Jimenez yang memakai skirt labuh berwarna hitam dan blaus putih bercorak bunga itu turut dirakam dan disebarkan di media sosial.

Pembantunya, Luis Ton tidak terkecuali apabila turut menerima nasib yang sama di mana dia dipaksa memakai gaun berwarna merah jambu.

Kedua-duanya diarak mengelilingi San Andres Puerto Rico, wilayah Huixtan selama beberapa hari kerana gagal memperuntukkan 3 juta peso (RM645,954) untuk kos penambahbaikan sistem pengairan bandar itu.

Ketika ditemui media, Jimenez berkata dia telah mencuba menunaikan janji-janji itu tetapi tidak mempunyai wang di pejabatnya kerana ia telah diagihkan kepada beberapa majlis perbandaran.

Selain itu, Jimenez menegaskan dirinya tidak bersalah dan bersedia memberi kerjasama sekiranya pihak polis mahu menjalankan siasatan terhadapnya.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments