[Video] 4 penunggang motosikal melambung dalam kemalangan

SEBUAH rakaman video memaparkan empat penunggang motosikal melambung akibat merempuh sebuah kenderaan tular di laman sosial.

Kejadian dipercayai berlaku di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) berhampiran Puchong Intan petang tadi.

Rakaman itu diambil dari dashcam kenderaan yang berada di tempat kejadian.

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Ahad, 4 Ogos 2019

Kesemua mangsa dipercayai baru sahaja pulang dari satu majlis di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang.

Dalam video berdurasi 29 saat itu, sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi dilihat merempuh kenderaan di hadapan sebelum empat penunggang motosikal tidak sempat mengelak lalu merempuh kenderaan berkenaan.

[Berita lanjut menyusul]

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments