Lelaki lepaskan tembakan rambang, 15 disahkan terbunuh

SEKURANG-KURANGNYA 15 orang awam terbunuh dalam insiden tembakan besar-besaran oleh seorang lelaki bersenjatakan raifal ke arah pengunjung di sebuah gedung sesak Walmart, Amerika Syarikat semalam.

Walaupun skala sebenar tragedi di Texas di sini masih tidak diketahui, saluran televisten meletakkan angka yang maut antara 15 dan 20 orang sementara anggota paramedik dilaporkan merawat puluhan mangsa.

Selepas bercakap dengan Gabenor Texas, Presiden Donald Trump menulis di Twitter: “Laporan amat menyedihkan, ramai terbunuh.”

Beberapa pemimpin Demokrat yang berhasrat mengalahkan Trump dalam pilihan raya tahun depan berkata, sudah terlalu lewat untuk menangani ‘epidemik’ keganasan senjata.

Ia adalah insiden tembakan kedua membawa maut dalam tempoh kurang seminggu di gedung Walmart, AS dan berlaku selepas insiden tembakan besar-besaran di California hujung minggu lalu.

Menurut polis, seorang suspek sudah ditahan.

Pengunjung gedung Walmart, Kendall Long (kiri), menenangkan Kianna Long (kanan) ketika insiden tembakan di El Paso, Texas, semalam. -Foto EPA

Rakaman menerusi kamera telefon menunjukkan mayat terbaring di kawasan parkir gedung itu sementara pihak berkuasa di sini membuat rayuan terdesak supaya orang ramai menderma darah.

Rakaman lain menunjukkan pengunjung yang ketakutan berlari keluar dari gedung itu ketika bunyi tembakan kedengaran.

Walaupun polis menahan mengumumkan angka sebenar yang maut, saluran NBC melaporkan 19 terbunuh manakala 40 cedera. CBS pula memetik Peguam Negara Texas sebagai berkata, antara 15 dan 20 orang maut sementara sumber penguat kuasa undang-undang memberitahu ABC News, sekurang-kurangnya 18 terbunuh. – Reuters

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments