Jadikan anak angkat pemuas nafsu, polis buru lelaki ini

POLIS sedang giat memburu seorang suspek lelaki berusia lingkungan 50-an yang dipercayai menjadikan anak angkatnya sebagai pemuas nafsu sejak lebih sedekad lalu.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, suspek yang dikenali sebagai Mohd Insang menjadikan anak angkatnya itu sebagai hamba seks sejak 14 tahun lalu.

Menurut beliau, kejadian dilaporkan bermula sejak tahun 2004 ketika mangsa berumur 12 tahun sehingga tahun 2018.

Kejadian dipercayai berlaku di beberapa lokasi, termasuk di rumah suspek di Kampung Sarip.

Difahamkan, mangsa dijaga suspek sebagai seorang bapa angkat sejak ibu bapanya bercerai.

Mangsa, yang kini berumur 27 tahun, akhirnya membuat laporan polis pada Ahad minggu lalu.

“Mangsa dijaga suspek sebagai seorang bapa angkat sejak ibu bapanya bercerai.

“Mangsa yang kini berumur 27 tahun tidak tahan dibelenggu kejadian berkenaan akhirnya membuat laporan pada Ahad minggu lalu.

“Selama ini pengadu tidak menceritakan kejadian kerana suspek mengugut membunuh mangsa,” katanya dalam satu sidang media, pada Ahad.

Justeru, beliau meminta kerjasama orang ramai yang terlihat suspek agar menghubungi polis dengan segera.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments