Tawaran wang RM4,157 jika 2 hari hidup tanpa gajet

CABARAN dua hari tanpa gajet.

Sebuah syarikat pembekal internet di Amerika Syarikat menawarkan ganjaran lumayan bagi peserta yang sanggup menghabiskan cuti hujung minggu tanpa sebarang gajet.

SatelliteInternet.com menawarkan wang tunai AS$1,000 (RM4,157) buat seorang peserta yang sanggup menghabiskan cuti hujung minggu di Taman Negara Joshua Tree di California, dengan syarat mereka tidak boleh menggunakan sebarang gajet seperti telefon bimbit dan komputer riba selama dua hari.

Cabaran itu dipanggil ‘Digital Detox Challenge’.

“Hanya pada hari terakhir cabaran peserta akan dibenarkan menggunakan gajet untuk menceritakan pengalaman,” kata syarikat terbabit.

Seorang peserta bertuah akan dipilih pada 26 Ogos ini dan akan ditempatkan di sebuah lokasi Airbnb yang dilengkapi kemudahan seperti pendingin hawa dan juga kolam renang.

“Peserta boleh menggunakan kesempatan ini untuk melakukan pelbagai aktiviti seperti menikmati keindahan alam, membaca buku, meditasi atau apa sahaja selain menghadap gajet,” kata syarikat terbabit.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments