[Video] Lori terbalik, orang kampung ‘berpesta’ kutip susu tin

SEBUAH treler yang membawa muatan susu terbalik di Simpang Tiga Kampung Tawang dekat Bachok Kelantan awal pagi tadi.

Kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu menyebabkan ribuan stok susu bertaburan di atas jalan.

Difahamkan, treler berkenaan dalam perjalanan menghantar bekalan sekitar Bachok sebelum terbalik berhampiran simpang tersebut.

Susulan itu satu rakaman video berdurasi 34 saat yang memaparkan penduduk kampung berpusu-pusu mengutip susu tular di laman sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp.

Posted by Pemandu Van Jenazah on Rabu, 31 Julai 2019

Dalam kejadian itu, pemandu dan kelindan hanya mengalami cedera ringan.

Tindakan orang ramai mengutip susu yang bertaburan itu mendapat perhatian warganet dan setakat ini belum dapat dipastikan perbuatan mereka mendapat keizinan pemilik syarikat susu berkenaan atau tidak.

Hasil maklum balas di laman media sosial mendapati ada penduduk yang memaklumkan perbuatan mereka dibenarkan pemilik dengan pemandu lori sendiri menolong mengagihkan susu yang kemek dan bertaburan melalui gambar yang dikongsi di bahagian komen.

Ada juga melalui perkongsian seorang lelaki di laman Facebook bernama ‘Ryu Kusanagi’ mendakwa pemilik menghalang orang ramai mengutip susu berkenaan namun tidak diendahkan penduduk kampung.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments