Kali ketiga lelaki panggil bomba buang objek sangkut pada alat sulit

BUAT kali ketiga, seorang lelaki dari Batu Jong, terpaksa mendapatkan khidmat pasukan Bomba dan Penyelamat Kuala Krai untuk mengeluarkan objek yang terlekat pada kemaluannya.

Lelaki berusia 34 tahun itu dibawa ke Balai Bomba Sungai Durian setelah gagal mengeluarkan gigi daun gear yang ‘tersekat’ pada alat sulitnya, petang tadi.

Sebelum ini, lelaki itu pernah meletakkan objek berbentuk bulat ke kemaluannya yang sukar untuk dibuang seterusnya memaksa dia mendapatkan khidmat bomba.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Penolong Penguasa Bomba Muhammad Rizwan Ar-Rafee Mat Zain berkata, pihaknya menerima panggilan khidmat kemanusiaan pada jam 3.15 petang.

“Pegawai Bomba Kanan II (PBK) Mohd Razani Mamat mengetuai operasi ke lokasi kejadian mendapati objek yang melekat pada kemaluan mangsa sukar dibuang.

“Bagi memudahkan kerja mengeluarkan objek mangsa dibawa dengan jentera bomba ke Hospital Kuala Krai bagi membolehkan kita bertindak bersama dengan pihak hospital,” katanya.

Beliau berkata, gigi daun gear berjaya dikeluarkan dengan menggunakan pemotong ‘L’ dalam masa 20 minit.

“Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak hospital untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments