Lelaki makan kucing hidup-hidup diburu polis

SEORANG lelaki menjadi buruan polis selepas video dia makan seekor kucing hidup-hidup tular di media sosial dan menjadi kecaman warganet.

Kejadian itu membangkitkan kemarahan publik yang menyifatkan kelakuannya seperti “manusia tidak bertamadun” dan mahu pihak berkuasa menangkapnya.

Dalam video berkenaan, lelaki berusia sekitar 40-an itu dilihat memegang kucing berkenaan sebelum menggigit bahagian badan haiwan malang itu hingga perutnya terburai.

Kejadian dipercayai berlaku di sebuah pasar utama di Jakarta, Indonesia.

Lelaki yang kelihatan memakai topi biru dengan jaket coklat itu juga mengaku berada dalam keadaan sedar ketika melakukannya.

Polis Metro Kemayoran dalam satu kenyataan berkata pihaknya masih menyiasat rakaman video itu dan memburu pelakunya namun belum berhasil, lapor media tempatan.

Sehingga kini polis belum dapat mengenal pasti motif tindakan tidak berperikemanusiaan lelaki itu.

“Apakah dia stres, kami tidak pasti. Kita mahu tanya apa tujuan dia makan kucing di khalayak ramai,” menurut jurucakap polis dipetik media tempatan.

Rata-rata netizen berang dengan tindakan lelaki yang dipercayai tidak siuman itu. Manakala yang lain pula mengaitkannya dengan unsur mistik.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments