Bapa terlupa, bayi kembar maut tertinggal tempat duduk belakang kereta

SEORANG bapa yang bergegas ke tempat kerja terlupa menghantar anak kembarnya ke pusat jagaan sehingga menyebab dua bayi itu mati akibat kepanasan.

Luna dan Phoenix yang baru berusia setahun ditinggalkan di tempat duduk belakang kereta oleh bapanya Juan Rodriguez di The Bronz, New York Jumaat lalu.

Ketika masuk ke kereta selepas pulang bekerja kira-kira pukul 4 petang, Rodriguez mendapati mulut kedua-dua anaknya dipenuhi dengan buih putih.

Saksi mendakwa dia mula menjerit dan orang yang berada berdekatan terus menghubungi pihak polis.

Ekoran kejadian itu, Rodriguez ditahan dan didakwa dengan dua pertuduhan menyebabkan kecuaian dan kematian.

Bapa kepada lima orang anak itu memberitahu polis bahawa dia terlupa untuk menghantar pasangan kembarnya itu ke tempat penjagaan kanak-kanak.

Keadaan cuaca 30 darjah celsius ketika kejadian malah tempat duduk bayi kembar itu lebih panas berbanding cuaca di luar.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments