Doktor terkejut jumpa gumpalan emas dalam perut wanita

SEPASUKAN doktor terkejut apabila menemui sejumlah barang kemas dan syiling bernilai hampir RM280,000 dalam perut seorang wanita yang dikejarkan ke hospital akibat kerap muntah.

Pesakit berusia 26 tahun itu pada mulanya dibawa ke hospital selepas berada dalam keadaan lemah dan tidak bermaya apabila muntah setiap kali menjamah makanan.

Mengesyaki ada yang tidak kena dengan perutnya, sepasukan pakar bedah kemudiannya membelah perut mangsa dalam satu prosedur yang berakhir dengan kejutan besar.

Ketika dibedah, doktor mengeluarkan 60 utas rantai, 80 bentuk anting-anting, 46 keping duit syilling, 8 loket, 11 anting-anting hidung, 4 kunci, 5 rantai kaki dan satu jam muka dari perut pesakit.

Menurut ibu Runi, dia menyedari sejumlah barang kemas miliknya hilang tetapi tidak menyangka semua ditelan oleh anak perempuannya.

Katanya, Runi mendapat duit syilling itu dari kedai abangnya dan setiap kali ditanya mengenai kehilangan duit syilling itu, dia akan menangis.

Doktor Siddharta Biswas dipetik sebagai berkata: “Pesakit terlalu lemah dan kurus ketika dibawa ke hospital. Keadaan dia sangat kritikal dan memerlukan sekurang-sekurangnya lima botol darah.”

Menurut Biswas lagi, Runitidak mampu untuk makan dan mereka terpaksa merujuknya ke bahagian nutrisi bagi menstabilkan keadaannya dalam tempoh seminggu sebelum dapat dibedah.

“Kalau pesakit dibedah awal, risiko pesakit mati adalah tinggi,” katanya.

Dalam pembedahan yang berlangsung selama satu jam 15 minit, doktor berjaya mengeluarkan sebarang bendasing dari perut pesakit.

Keadaan Runi kini stabil. – Daily Mirror

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments