Berang kerana dimadu, wanita simbah suami dengan air panas

SEORANG isteri yang berang selepas mengetahui suaminya telah berkahwin baru secara senyap-senyap bertindak nekad menyimbah lelaki itu dengan air panas sehingga meninggal dunia.

Wanita berkenaan yang dikenali sebagai Aminah dan berasal dari Sulawesi Selatan bertindak demikian selepas mengetahui suaminya, Bachtiar, 28, bernikah tanpa pengetahuannya.

Ketika kejadian, ibu kepada tiga anak itu sedang memasak air manakala suaminya sedang nyenyak tidur.

“Perasaan marah bercampur-baur pada masa itu. Saya tidak berfikir panjang terus menjirus air panas pada tubuh suami saya yang sedang nyenyak tidur,” kata wanita tersebut.

Aminah yang sudah berkahwin selama 12 tahun memberitahu polis, dia sangat kecewa kerana suaminya jarang memberi nafkah, malah turut memintanya meminjam wang daripada jiran tetangga.

Mangsa mengalami kesan melecur yang teruk dan dikejarkan ke hospital daerah Padjonga Dg Ngalle, Kabupaten Takalar.

Ahli keluarga turut meminta Bachtiar menjalani rawatan tradisional kerana keadaannya semakin teruk, namun tidak berjaya.

Difahamkan, Aminah kini ditahan polis untuk membantu siasatan. – Agensi

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments