Wanita buta selepas guna kanta lekap yang ditinggalkan dalam bilik mandi

PENGGUNAAN kanta lekap sudah semakin popular. Selain mudah digunakan, ada yang menggunakannya kerana dikatakan mengikut trend semasa.

Dengan lambakan pelbagai jenama kanta sentuh di pasaran, pengguna diberi lebih banyak pilihan mengikut kehendak masing-masing.

Namun, pemakaian kanta sentuh ini pada hakikatnya memerlukan penjagaan yang jauh lebih rapi berbanding kaca mata bagi memastikan mata tidak rosak atau mendapat pelbagai jangkitan yang berbahaya.

Sudah banyak kes mengenai penggunaan kanta sentuh yang tidak betul telah menyebabkan jangkitan sehingga mampu mengundang malapetaka seperti hilang penglihatan.

Dalam kes terbaru di Britain, seorang wanita buta selepas mata kirinya terkena jangkitan akibat menggunakan kanta lekap.

Daily Mirror melaporkan, kejadian berlaku disebabkan tindakan wanita berusia 41 tahun itu yang meninggalkan kanta lekap berkenaan di dalam bilik mandi.

Menurut mangsa, dia mengalami kesakitan, kabur pandangan dan silau pada mata kirinya dalam tempoh dua bulan.

Diagnos membuktikan dia terkena Acanthamoeba Keratitis, sejenis jangkitan yang berisiko terhadap penglihatan yang mana ia biasanya berlaku terhadap pengguna kanta lekap.

Kanta lekap berisiko meninggalkan torehan kecil dalam mata sekaligus memudahkan berlakunya jangkitan.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments