Dari Shah Alam, pasangan ini redah 12,544KM ke Mekah untuk tunai haji

TANGGAL 2 Mei 2019 adalah tarikh penting untuk penting buat pasangan Adnan Abdullah and Hadibah Idris.

Ini kerana pada hari itu, mereka meninggalkan rumah mereka di Shah Alam, Selangor untuk merealiasikan hasrat yang sudah lama mereka pendam – menunaikan haji bersama di tanah suci.

Tapi mereka bukan menaiki pesawat seperti orang lain, sebaliknya menaiki kereta Ford Ranger 2.5 WLT yang diubahsuai khas – hasil pemberian lima anak tersayang.

DARI Shah Alam, Selangor, pasangan ini mengimpikan untuk menunaikan haji bersama di kota suci Mekah.

Mengambil semangat dari Surah Al-Haj yang menyeru umat Islam berusaha menunaikan haji walaupun dalam keadaan yang sukar, pasangan itu enggan terlalu memikirkan cabaran di hadapan mereka.

Dalam temubual dengan akhbar New Straits Times, pasangan pensyarah yang sudah bersara itu memberitahu, mereka memandu kira-kira 500 kilometer sehari dalam tempoh tiga bulan merentasi negara seperti Thailand, Myanmar, India, Nepal dan Pakistan.

“Ramai juga yang bertanya kenapa kami tidak naik pesawat untuk tunai haji. Saya jawab mudah: Kami pilih untuk menempuh perjalanan yang sukar,” kata Adnan, 66.

ANTARA lokasi yang dilalui.

Kereta pacuan empat roda yang mereka naiki dilengkapi dengan kabin lengkap dengan katil, dapur kecil dan ruang duduk.

Anak mereka, Syrrusilah turut memasang sistem kuasa solar pada kenderaan tersebut.

“Saya selalu percaya kepada konservasi tenaga dan sumber. Itulah yang sepatutnya,” jelas Adnan.

Ketika pasangan itu dalam perjalanan, anak mereka – Syrrulfarah and Syrrushaqwa – bertindak sebagai ‘unit sokongan teknikal’ dengan menguruskan dokumentasi dan kewangan selain berhubung dengan pihak berkuasa sekiranya diperlukan.

ADNAN dan Hadibah memandu kira-kira 500 kilometer sehari dalam usaha mereka tiba di kota Mekah menjelang Ogos ini.

Untuk makanan pula, pasangan itu lebih gemar menyediakan hidangan mudah di sudut dapur dalam kabin berkenaan.

Paling menguji ialah mereka terpaksa menempuh perjalanan memenatkan sepanjang bulan Ramadan lalu.

“Kami kehilangan berat badan untuk beberapa hari kerana terlalu bergantung kepada serunding dan roti untuk sahur dan berbuka,” kata Hadibah.

Paling menguji ialah mereka terpaksa menempuh perjalanan memenatkan sepanjang bulan Ramadan lalu.

Mereka sentiasa memastikan kenderaan itu berada dalam keadaan baik dan jika keadaan mendesak, mereka akan tidur di hotel berhampiran pada waktu malam.

Pasangan itu juga menceritakan dua peristiwa mereka terpaksa berada di balai polis atau kem tentera atas sebab-sebab keselamatan.

Bagi persediaan, mereka membawa kelengkapan ubat-ubatan yang disimpan dalam kotak yang disediakan anak mereka Syrrunnaja yang merupakan seorang doktor.

Menurut Adnan, ‘projek’ tersebut telah dirancang sejak beberapa tahun dan cita-cita yang akhirnya tercapai memandangkan tidak berpeluang untuk mengembara demi membesarkan anak-anak.

PASANGAN ini berasa sangat bertuah kerana anak-anak memberi sokongan tidak berbelah bagi untuk memastikan impian mereka tercapai.

“Trip ini adalah ‘pampasan’ atas tahun-tahun yang sangat mencabar untuk kami menyeimbangkan tanggungjawab menjaga anak dan bekerja,” tambah Adnan dalam temubual itu.

Apapun, katanya, perjalanan penuh mencabar itu adalah impian seumur hidup mereka.

Bagaimanapun, mereka agak terkilan apabila diberitahu oleh anak mereka bahawa permohonan visa haji mereka tidak berjaya.

Namun, mereka merancang untuk membuat permohonan semula.

Ketika mereka dijangka tiba di bumi Mekah pada Ogos ini, Adnan and Hadibah secara umumnya menempuh perjalanan sejauh 12,554km merentasi lapan negara.

Selepas Mekah, pasangan itu berhasrat untuk meneruskan perjalanan Baitulmaqdis, Africa dan Eropah. NMP

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments