Miliki bahan pornografi: 6 individu termasuk Haziq ditahan reman

HAZIQ AZIZ

POLIS menerima arahan reman 6 individu termasuk bekas ketua Pemuda PKR Santubong, Haziq Aziz, selepas mereka ditahan semalam tadi berhubung siasatan video seks gay yang disasarkan kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali.

Mereka disiasat di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia kerana mengedar dan memiliki bahan pornografi, lapor.

Haziq dan lima individu berkenaan yang dipercayai ahli PKR ditahan dalam serbuan besar-besaran di sekitar Lembah Klang, malam semalam.

Haziq ditahan bersama dua lagi individu berusia 25 dan 38 tahun di sebuah restoran di Kelana Jaya, Petaling Jaya, sekitar jam 9 malam.

Difahamkan juga polis turut merampas lima telefon pintar serta kad sim.

Sumber berkata, ketika tangkapan dibuat, polis turut menahan seorang lagi ahli parti PKR berusia 36 tahun di sebuah restoran di sebuah pusat beli belah di Bukit Bintang, Kuala Lumpur dan merampas telefon pintar sebelum dibawa ke kediamannya di sebuah apartmen di Taman Bukit Subang, Bandar Sunway, untuk pemeriksaan lanjut.

“Pasukan polis terdiri daripada Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, turut menahan seorang lagi lelaki berusia 36 tahun di USJ 1, Subang Jaya dan merampas enam telefon bimbit pelbagai model dan kad sim,” katanya.

Difahamkan, penahanan ketiga-tiga mereka dipercayai susulan daripada siasatan berhubung penghasilan dan penyebaran video lucah hubungan sejenis yang sebelum ini diakui Haziq sendiri sebagai salah seorang individu dirakam.

Semua mereka dibawa ke Mahkamah Majistret di Jalan Duta dan akan menghabiskan 6 enam hari berikutnya dalam tahanan polis.

Difahamkan salah seorang daripada mereka adalah pemimpin bahagian PKR di Selangor.

Ketika dihubungi, seorang pegawai Bukit Aman yang rapat dengan siasatan itu enggan mengulas lanjut.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments