Lelaki cabul kanak-kanak 9 tahun akhirnya dicekup polis

GAMBAR kanan, suspek ketika ditahan polis di Bandar Country House, Rawang Selangor.

LELAKI yang berkelakuan jijik mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun di sebuah kedai serbaneka, Rabu lalu akhirnya dicekup polis hari ini.

Suspek berusia 54 tahun yang juga seorang buruh binaan warga Indonesia berusia 54 tahun ditahan jam 1.15 tengah hari di sekitar Bandar Country Homes, Rawang.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof yang mengesahkan penahanan itu berkata, polis turut merampas pakaian digunakan suspek ketika kejadian.

“Suspek yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

“Dia (suspek) akan dibawa ke mahkamah esok bagi mendapatkan perintah reman,” katanya dalam satu kenyataan.

BACA: Dirakam gesel alat sulit kepada budak 9 tahun, lelaki diburu polis

Perbuatan lelaki dengan menggesel punggung mangsa berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah kedai serbaneka dekat Bandar Country Homes, Rawang.

Perbuatan itu dilakukan ketika mangsa bersama adiknya ke rak di bahagian belakang sebelum dihampiri suspek.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments