Guan Eng nafi arah pindah RM1bilion milik syarikat China ke kementeriannya

MENTERI Kewangan, Lim Guan Eng menafikan ada memberi arahan supaya pemindahan wang lebih RM1 bilion daripada akaun sebuah syarikat milik China kepada sebuah syarikat milik kementeriannya.

“Saya mahu jelaskan bahawa Kementerian Kewangan dan saya tidak ada mengeluarkan arahan rampasan itu.

“Sekiranya ada arahan sedemikian, anda perlu rujuk kepada agensi penguatkuasaan,” lapor FMT yang memetik kenyataan Guan Eng kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Bank antarabangsa HSBC diberitahu berdasarkan arahan kerajaan supaya memindahkan lebih RM1 bilion wang dalam akaun China Petroleum Pipeline Engineering Ltd (CPP) di Malaysia kepada Suria Strategic Resources Sdn Bhd, sebuah syarikat milik penuh Kementerian Kewangan.

Akhbar Straits Times menyifatkan rampasan dan pindahan dana oleh pihak berkuasa Malaysia itu sebagai “langkah luar kebiasaan dalam amalan perbankan di Malaysia.”

Syarikat China terbabit merupakan kontraktor utama projek saluran paip sepanjang 660km di Pantai Barat semenanjung bernilai RM5.35 bilion serta projek saluran gas di Sabah bernilai RM4.06 bilion. Kedua-dua projek berkenaan dihentikan oleh kerajaan Pakatan Harapan.

Laporan itu menyebut, CPP mengesahkan bahawa dana berkenaan telah dipindahkan.

“CCP sentiasa mematuhi undang-undang Malaysia dan berasa bingung berhubung pindahan sepihak wang tersebut tanpa memaklumkannya kepada CCP.

HSBC bagaimanapun enggan memberi apa-apa komen.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments