Dirakam gesel alat sulit kepada budak 9 tahun, lelaki diburu polis

Polis kini giat memburu lelaki yang mencabul seorang kanak-kanak perempuan di sebuah kedai di Rawang, petang Rabu lalu.

POLIS memburu seorang lelaki selepas perbuatannya melakukan perkara jijik menggeselkan alat sulitnya kepada seorang kanak-kanak di sebuah kedai serbaneka di Rawang, Selangor dirakam kamera litar tertutup (CCTV) Rabu lalu.

Kejadian cabul itu berlaku kira-kira pukul 6.19 petang ketika mangsa berada di premis berkenaan bersama ibunya untuk membeli kelengkapan rumah.

Ketika kejadian, kanak-kanak malang itu berada di rak belakang sebelum dihampiri suspek yang kemudiannya melakukan serangan seksual.

Perbuatan itu bagaimanapun berjaya dirakam melalui CCTV dalam kedai serbaneka berkenaan.

Difahamkan, kejadian itu tidak disedari ibu mangsa sebelum kanak-kanak tersebut memberitahu mengenai tindak-tanduk suspek.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof yang mengesahkan kejadian itu memberitahu, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut pada 8 malam Jumaat lalu.

Menurut beliau, suspek melakukan serangan seksual dengan menggesel alat kemaluannya pada punggung mangsa.

“Bapa mangsa mendakwa suspek memeluk anaknya dari arah belakang dan menggesel kemaluannya ke punggung kanak-kanak itu.

“Suspek kemudian melarikan diri selepas kejadian yang berlaku pada jam 6.19 petang Rabu lalu,” katanya.

Beliau berkata, identiti suspek belum dikenal pasti namun usaha mengesannya giat dijalankan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments