‘Apa dosa si kecil ini ditinggalkan sebatang kara?’

KISAH ini benar-benar meruntun jiwa.

Tidak tahu apa punca sebenar, anak kecil ini ditinggalkan sebatang kara di di hospital selepas ibunya yang dikatakan menghadapi masalah emosi gara-gara ditinggalkan suami.

Seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Bunga Larangan menceritakan kisah pilu yang dihadapi bayi comel itu yang baru menginjak usia tujuh bulan, namun tidak merasai sentuhan kasih sayang ibunya.

Menurutnya, bayi tersebut kini diletakkan dalam penjagaan pihak hospital, namun tidak dinyatakan lokasinya.

“Paling menyedihkan apabila ibu baby tersebut dipercayai tidak waras gara-gara bapa berkahwin baru.

“Sampai ke malam tak habis fikir, kenapa la tegar si ayah buat anak secomel terbiar begini, tanpa seorang pun tak ada yang lawat baby berusia 7 bulan nih. Dah sebatang kara tanpa ibu,” katanya yang berada di wad hospital berkenaan untuk menjaga anaknya yang tidak sihat.

Mujur katanya, jururawat hospital berkenaan menjaga bayi tersebut seperti anak sendiri.

Beberapa keping gambar bayi berkenaan menyentuh emosi warganet yang terkilan melihat nasib bayi yang tidak berdosa itu ditinggalkan atas sebab keretakan rumah tangga ibu bapanya.

“Kasihan tengok dia. Mesti dia rindu ibunya. Dia main sorang-sorang. Kalau nangis, dia nangis sampai penat dan tidur.

“Nasib jururawat semua baik jaga baby ni bagai anak mereka sendiri. Di hati kecil ini menangis terdengar kisah bayi malang ni, paling membuat hati nih sebak adalah si ibu yang telah diuji.

“Kerana suami ada perempuan baru, mungkin dia tertekan sejak di dalam pantang lagi atau pun sudah lama merasai tekanan yang dihadapi,” katanya.

Difahamkan, ibu kanak-kanak tersebut sedang menerima rawatan pesakit jiwa selain dilaporkan mengalami tekanan emosi.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian warganet yang turut meluahkan rasa simpati terhadap bayi berkenaan.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments