Kes rogol: Patutkah Exco Perak bercuti? Guan Eng enggan komen

SETIAUSAHA Agung DAP, Lim Guan Eng enggan mengulas sama ada Exco Kerajaan Negeri Perak, Paul Yong yang juga pemimpin parti tersebut perlu direhatkan ekoran siasasan polis ke atasnya atas dakwaan merogol pembantu rumahnya baru-baru ini.

Ketika diajukan pertanyaan mengenai perkara itu, Guan Eng berkata, beliau sudah berbincang dengan kepimpinan DAP Perak dan meminta supaya sebarang perkembangan siasatan dilaporkan kepadanya.

“Pasa masa sama, saya telah berbincang dengan Menteri Besar Perak (Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu). Baik di peringkat parti atau pimpinan negeri, kita akan tuggu hasil siasatan oleh pihak polis.

“Mari kita tunggu sebelum sebarang keputusan dibuat, berpandukan hasil siasatan polis. Oleh kerana itu, kita buat kata putus bahawa tunggu hasil siasatan polis,” katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen hari ini.

GUAN Eng ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Walaupun disoal berkali-kali, beliau masih enggan mengulas lanjut sama ada individu tersebut perlu direhatkan atau tidak daripada tugas selaku Exco Kerajaan Perak.

Ini memandangkan sikap DAP selama ini yang sering mendesak pemimpin bercuti atau direhatkan jika berada dalam siasatan polis.

Pada Rabu, Yong dibebaskan dengan jaminan polis selepas ditahan sehari sebelum itu.

Polis Perak Pada 8 Julai lalu menerima satu laporan daripada seorang wanita warga Indonesia berumur 23 tahun mendakwa dia dirogol di rumah majikannya di Meru Ipoh oleh majikannya yang juga Exco kerajaan negeri Perak.

Bertindak atas laporan tersebut, pihak polis telah menjalankan siasatan dengan merakam percakapan mangsa dan menghantarnya ke hospital untuk pemeriksaan.

Mangsa kini berada dalam perlindungan polis sementara menunggu proses siasatan selesai.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments