Yana Samsudin terkejut anak cium mulut ketika IG Live

    KELIBAT Aisy Mateen yang baru berusia tiga tahun mencium mulutnya ketika sedang membuat siaran langsung di Instagram (IG Live) benar-benar membuat pelakon Yana Samsudin terkejut kerana sudah beberapa kali melarang anaknya melakukan aksi itu.

    Menurut Yana atau nama sebenarnya Norliana Samsudin, 35, dia sudah menegur supaya Aisy tidak mengulangi perbuatan tersebut kerana ia bukan budaya yang patut dijadikan amalan.

    Menurut Yana lagi, ciuman terbaik ibu bapa kepada anaknya hanya di bahagian dahi, pipi dan tangan sahaja.

    “Baru semalam tegur, hari ini dia buat lagi. Sebenarnya saya memang menitikberatkan fasal kebersihan dan imunisasi, tapi yang paling penting juga ialah #PendidikanSeksualiti.

    “Mulut juga adalah bahagian peribadi yang tidak boleh disentuh, dicium dan dipegang walaupun ayah dan ibu sendiri! (Kecuali cuci berak kencing).

    “Ciuman terbaik daripada ibu bapa kepada anak-anak ialah ubun ubun, dahi, pipi dan tangan. Kalau anak dah besar akan terbiasa kalau kecil-kecil kita dah biasakan.

    “Cium mulut atau bibir ni bukan budaya kita dan ajaran Islam,” kata Yana menerusi laman Instagram miliknya.

    Yana sebelum ini memuat naik status di Facebook mengatakan dia menasihati anak sulungnya untuk tidak melakukan perbuatan itu terhadap orang lain.

    Isteri kepada pelakon Fadzil Zahari ini juga bimbang sekiranya anaknya itu melakukan perkara tersebut di sekolah tadika.

    “Semalam, anak saya Aisy Mateen tiba-tiba cium mulut saya ketika saya tengah menonton televisyen. Saya terkejut, tak tahu siapa buat dengan dia.

    “Saya beritahu dia, cium kat pipi dan dahi boleh, mulut jangan! Kalau ada orang lain buat cakap tidak. Jerit kuat-kuat. Benda tu salah. Beritahu mommy daddy siapa yang buat.

    “Gementar mommy kang tiba-tiba kat sekolah tadika nanti dia cium kawan dia pula tanda sayang,” ujar Yana.

    Yana mendirikan rumah tangga dengan Fadzil Zahari pada 13 April 2015 dan dikurniakan cahaya mata, Aisy Mateen pada 21 Julai 2016.

    Comments

    PERINGATAN:

    New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


    comments