Penjinak haiwan terkenal maut diserang 4 harimau

RAKYAT Itali dikejutkan dengan kematian penjinak harimau terkenal negara itu, Ettore Weber yangdiserang empat ekor haiwan itu semasa sedang melatih untuk sebuah pertunjukan sarkas dalam satu insiden di Puglia, Rom, Khamis lalu.

Weber, 61, pada awalnya diserang oleh seekor harimau sebelum tiga ekor lagi haiwan itu mengganas dan turut menyerang mangsa.

Menurut laporan BBC, pertunjukan sarkas itu merupakan sebuah acara popular yang diadakan di selatan Itali khusus untuk pelancong.

Laporan media tempatan, selama beberapa minit, kumpulan harimau berkenaan dilihat ‘bermain-main’ dengan jasad Weber yang terkulai lemah di dalam kandang sebelum kakitangan sarkas boleh mengambil tindakan.

Weber dilaporkan meninggal dunia disebabkan luka parah di tubuhnya.

Terdahulu, Weber yang bekerja di Orfei Circus diketahui umum sebagai seorang pelatih sarkas yang berpengalaman dan terkenal di Itali.

Selepas kejadian, semua harimau itu dipindahkan ke sebuah taman safari dan polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung serangan itu.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments