Dihina kemaluan berbau ikan masin, pelakon saman bekas suami

MERASAI dirinya dihina dan dimalukan, seorang pelakon Indonesia, Fairuz A Rafiq memfailkan saman terhadap bekas suaminya, pelakon Galih Ginanjar yang mendakwa kemaluannya berbau seperti ikan masin.

Galih didakwa membuat penghinaan tersebut ketika ditemubual seorang hos televisyen, Rey Utami untuk program yang disiarkan menerusi saluran YouTube baru-baru ini.

FAIRUZ (dua dari kiri) dan suaminya, Sonny Septian (kiri) telah membuat laporan polis terhadap Galih dan Rey pada 1 Julai lalu.

Video yang kini semakin menjadi tular memaparkan temubual Galih dan Rey di mana Galih menceritakan hubungan intimnya dengan Fairuz kebiasaannya hanya bertahan selama 15 minit ketika mereka masih bergelar suami isteri.

Pasangan itu berkahwin pada 2011 namun disahkan bercerai tiga tahun kemudian.

Hasil perkahwinan, mereka mempunyai seorang cahaya mata lelaki.

Berang dengan pendedahan itu, Fairuz dan suaminya, Sonny Septian telah membuat laporan polis terhadap Galih dan Rey pada 1 Julai lalu atas sebab menyebarkan kandungan program yang tidak bermoral.

Pernyataan Galih Ginanjar menyakitkan hati Fairuz. Apa yang sebenarnya terjadi antara mereka? Selengkapnya di https://www.trans7.co.id/live-streaming.

Posted by TRANS7 on Rabu, 26 Jun 2019

Pasangan itu membuat laporan polis di ibu pejabat polis Jakarta ditemani peguam mereka, Hotman Paris Hutapea. Jika disabitkan bersalah, Galih akan berhadapan dengan hukuman penjara maksimum enam tahun.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments