Kes berlian palsu selesai, Vida perlu bayar barang kemas RM80,000

    ‘PERANG’ antara usahawan kosmetik, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman dan penyanyi veteran, Aishah berhubung hadial berlian palsu akhirnya menemui titik noktah.

    Kes itu diselesaikan melalui mediasi diantara kedua-dua belah pihak yang antara lain menuntut supaya Hasmiza yang lebih mesra dengan panggilan Datuk seri Vida membayar barang kemas berjumlah RM80,000 kepada penyanyi Aishah sebelum 17 Julai ini.

    Malah, Datuk Seri Vida juga perlu membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi sidang media khas mengikut tempoh tersebut.

    Peguam yang mewakili Aishah, Muhammad Izwan Azmi, kes itu berjaya diselesaikan melalui mediasi diantara kedua-dua belah pihak yang berlangsung di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur Isnin lalu.

    Selain itu, Vida juga perlu membayar kos sebanyak RM7,500 kepada peguamcara Aishah pada atau sebelum Ahad ini.

    Sekiranya Vida gagal memenuhi kesemua persetujuan tersebut sebelum tarikh yang ditetapkan, pihak penyanyi Janji Manismu itu akan mengambil tindakan undang-undang mengikut pelaksanaan mahkamah.

    Perbalahan antara Aishah dan Vida tercetus apabila penyanyi itu membuat pendedahan mengenai hadiah rantai bernilai RM80,000 yang ditaja usahawan kosmetik itu adalah palsu.

    Aishah mengetahui bahawa barangan kemas yang diterima hasil hadiah kemenangan selepas menjuarai progam Gegar Vaganza musim keempat itu palsu selepas mengadakan pemeriksaan di kedai emas.

    Dalam pada itu, peguam Aishah turut memberitahu pihaknya sudah mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat Bina Mega Empire yang gagal menyerahkan hadiah utama sebidang tanah seperti dijanjikan.

    “Kini pihak Aishah sudah mula ambil tindakan undang-undang terhadap syarikat Bina Mega Empire.

    “Kami sudah beri tempoh kepadanya sejak kali terakhir bertemu dengan pihak mereka sekitar September tahun lalu.

    “Namun sehingga kini tiada sebarang maklum balas daripada mereka,” kata Izwan.

    Comments

    PERINGATAN:

    New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


    comments