Copa Amerika: Brazil ke final, tumpaskan Argentina 2-0

BRAZIL menewaskan Argentina 2-0 bagi menempah tiket ke perlawanan akhir Copa America yang akan berlangsing di Stadium Maracana, Rio de Janeeiro pada Ahad ini.

Pasukan tuan rumah yang memburu gelaran ke-10 itu terus mengecewakan Lionel Messi yang masih gagal menjulang sebarang piala ketika bersama pasukannya.

Gabriel Jesus membuka jaringan pada minit ke-19 menerusi rembatan jarak dekat selepas menerima hantaran daripada Dani Alves pada perlawanan separuh akhir pagi ini, lapor AP.

Ia merupakan gol pertama pemain itu dalam kejohanan tersebut.

Roberto Firmino mudah menambah jaringan pada minit ke-71 hasil hantaran Jesus di hadapan 56,000 penonton.

Lawan Brazil pada perlawanan akhir akan ditentukan pada parlawanan antara juara bertahan, Chile dan Peru esok.

Walaupun Argentina kecundang, namun Messi masih mampu mempamerkan aksi yang baik pada kejohanan itu. – Agensi

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments