Pelawak ditahan terbabit pergaduhan di hotel

    SEORANG pelawak senior ditahan polis selepas terbabit dalam pergaduhan di sebuah hotel di Kuala Lumpur petang semalam.

    Selepas ditahan, pelawak berusia 40-an bersama dua orang rakannya juga diarah menjalani ujian air kencing selepas penemuan paket berisi dadah daripada seorang suspek yang juga kenalan pelawak.

    Sumber memberitahu, polis sebelum ini menerima laporan berkaitan pergaduhan di hotel tersebut sebelum menahan pelawak itu bersama seorang lelaki dan seorang wanita berusia di lobi hotel itu.

    Tambah sumber, pelawak terbabit diberkas sekitar jam 6 petang Rabu di sebuah hotel di Taman Maluri, Cheras.

    Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon memberitahu, hasil saringan ujian kencing mendapati ketiga-tiga suspek positif dadah.

    “Pelawak berusia 41 tahun itu didapati positif ganja manakala dua lagi suspek berusia 35 dan 25 tahun positif methamphetamine.

    “Pemeriksaan lanjut mendapati ketiga-tiga mereka masing-masing mempunyai empat dan lima rekod lampau berkaitan dadah manakala pelawak tersebut turut dikehendaki polis berhubung kes di Ulu Klang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

    Comments

    PERINGATAN:

    New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


    comments