Keputusan peperiksaan pelajar terlibat insiden rotan pula tular

SELEPAS timbul polemik insiden rotan di sebuah sekolah menengah di Johor, kini tular pula gambar dipercayai keputusan peperiksaan pelajar perempuan yang terlibat dalam insiden berkenaan.

Semakan NMP mendapati, selepas tersebarnya insiden rotan melibatkan guru sekolah berkenaan, perhatian warganet teralih kepada tindakan keluarga pelajar tersebut membuat laporan polis.

Bagaimanapun, tindakan tersebut menimbulkan kritikan kerana laporan berkenaan tidak memperincikan punca pelajar berkenaan dirotan gurunya, termasuk dakwaan bahawa dia melemparkan gelaran ‘ah kua’ atau ‘pondan’.

Pada sebelah petang Selasa pula, tular gambar dipercayai keputusan peperiksaan pelajar berkenaan yang turut mengundang pelbagai reaksi daripada warganet.

Walaupun ada yang mempersoalkan kenapa pelajar tersebut perlu dimalukan dengan menunjukkan keputusan peperiksaannya, namun ada juga yang berpendapat sebaliknya.

Bagi yang bersetuju, gambar itu sekurang-kurangnya memberi gambaran betapa pelajar yang lemah sewajarnya memberi penghormatan kepada guru supaya mereka dapat dibantu meningkatkan ilmu pengetahuan.

 

Hebat unit stalker bawangrian buat kerja. Sampai result budak insiden rotan tu pun dorang dapat cari. Kagum 😁

Posted by Wiki Rakyat on Selasa, 25 Jun 2019

 

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments