Abam Bocey kotakan janji, cari hingga jumpa lelaki hina anaknya

    PELAWAK Abam Bocey mengotakan janjinya apabila mencari dan datang menemui sendiri seorang lelaki yang mengeluarkan komen berbaur penghinaan terhadap kelahiran anak sulungnya baru-baru ini.

    Dalam satu muatnaik di Instagram, adiknya yang juga pelawak, Ali Puteh, menunjukkan gambar pertemuan dengan seorang lelaki dipercayai individu yang mempersoalkan status anak Abam baru-baru ini.

    Gambar itu dimuatnaik dengan kapsyen: “Perbincangan membawa muafakat, terlajak perahu boleh diundur terlajak kata tak boleh undur.”

    Namun, tidak dinyatakan lokasi sebenar pertemuan tersebut.

    Pada Jumaat lalu, Abam Bocey berkongsi berita gembira apabila isterinya, Siti Norhidayah selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.55 kilogram di Hospital Selayang, Selangor.

    Namun Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar terkilan apabila terdapat komen-komen yang menghina ketika dia mengumumkan kelahiran anak sulungnya baru-baru ini.

    Komen-komen yang bukan sahaja mengguris hati Abam, malah membuatkannya naik angin kerana melemparkan penghinaan yang agak keterlaluan.

    BACA JUGA: Lelaki tua hina anak sulung, Abam Bocey ‘mengamuk’ di Facebook

    Apa tidaknya, selain terdapat komentar yang berbaur lucah, ada juga yang sehingga satu tahap mempersoalkan sama ada bayi tersebut anak kandungnya.

    Berdasarkan reaksi pengikut Abam, rata-rata bersetuju dengan cara Abam menangani isu berkenaan.

    Tidak kurang juga yang masih kurang senang dengan sikap individu berkenaan yang dianggap keterlaluan.

    “Ni ke orang tua yang mulut celupar tu?

    “Akhirnya jumpa juga. harap-harap lepas ni pakcik tu berubah, fikir dulu sebelum nak komen.

    “Maaf memaafkan amalan mulia, di bulan mulia ni. Abam tu hatinya lembut tapi baik dijadikan pengajaran supaya orang lain tak buat benda sama,” komen netizen di Instagram.

     

    Comments

    PERINGATAN:

    New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


    comments